

Seramai 17 rakyat Malaysia antara ratusan warga asing yang dilaporkan hilang susulan banjir kilat yang mengakibatkan kemusnahan di daerah Rasuwa, Nepal pada pagi Rabu, menurut Lembaga Pelancongan Nepal.
Lembaga itu dalam satu kenyataan memaklumkan urusan perjalanan rakyat Malaysia yang hilang berkenaan diuruskan oleh agensi pelancongan Fishtail Tours and Travels.
Sekurang-kurangnya 291 warga asing dan 93 warga Nepal tidak dapat dihubungi, manakala polis dan pengendali pelancongan sedang berusaha mengesan mereka, menurut lembaga itu dalam kemas kini situasi pada sebelah petang.
Kementerian Luar Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini memaklumkan 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa dilaporkan terputus hubungan susulan banjir berkenaan.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: