

Usaha melatih lebih ramai penjaga profesional boleh membantu mengurangkan beban pasangan, khususnya wanita yang perlu menguruskan anak dan ibu bapa serentak, namun langkah itu sahaja tidak mencukupi untuk meningkatkan kadar kelahiran negara.
Pakar berkata faktor lebih besar seperti kos sara hidup, harga perumahan, pendidikan anak, kestabilan pekerjaan dan kemampuan mendapatkan perkhidmatan penjagaan perlu ditangani secara menyeluruh.
Nurul Izzati Asyikin Zulkifly daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata pasangan dalam kategori ‘sandwich generation’ berdepan cabaran besar kerana perlu mengimbangi keperluan tiga generasi di samping tuntutan kerjaya.
‘Sandwich generation’ merujuk kepada golongan dewasa berusia antara 35-60 tahun yang perlu menjaga anak dan ibu…