

Sebanyak 121 memorandum persefahaman (MoU) bernilai kira-kira RM8 bilion dijangka dimeterai sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (Maha) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata kira-kira RM4 bilion membabitkan kerjasama dengan China, manakala selebihnya negara lain.
Menurutnya, kerjasama itu merangkumi pertukaran teknologi, peluang pelaburan, pembangunan kapasiti serta latihan kepada peladang, termasuk bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), selain membuka peluang eksport produk agromakanan tempatan.
Selain itu, beliau berkata, Maha Go Global turut menjadi antara platform untuk memperluaskan pasaran produk tempatan, khususnya ke Asia Tengah…