

Wisma Putra sedang menyemak sama ada wujud pertindihan antara senarai 55 rakyat Malaysia di Nepal dan 36 di China yang masih belum dapat dihubungi susulan bencana banjir di kawasan sempadan kedua-dua negara.
Kementerian Luar berkata setakat 8 malam, 55 rakyat Malaysia di Nepal dan 36 di China masih dilaporkan belum dapat dihubungi.
“Kementerian terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan di China dan Nepal, di samping menyemak silang maklumat dari kedua-dua negara bagi mengenal pasti sebarang pertindihan dalam laporan yang diterima,” katanya dalam kenyataan.
Wisma Putra turut meminta media dan orang ramai merujuk angka rasmi dikeluarkannya ketika melaporkan status rakyat Malaysia terjejas.
Menurutnya, angka itu akan dikemas kini apabila hubungan berjaya…