

Umno akan memulakan rundingan rasmi berhubung kemungkinan kerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi PRN Melaka, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan.
Presiden Umno, Zahid Hamidi, berkata perkara itu telah diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh untuk mengetuai perbincangan berkenaan selepas pembubaran DUN.
“Kita telah menyerahkan kepada Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh dan saya fikir dia akan adakan perbincangan rasmi, setelah DUN Melaka dibubarkan.
“Sekarang mungkin (ada) perbincangan secara tidak rasmi tetapi, rundingan rasmi itu selepas bubar (DUN),” katanya.
Timbalan perdana menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian Umno berhubung kemungkinan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN Melaka.
Zahid berkata beliau sebelum ini…