Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bas persiaran kemalangan, 9 pelajar cedera

today31 August 2026

Background


Ketua BBP Kota Belud Elge Bakuk berkata, pihaknya terima panggilan kecemasan berhubung kejadian berlaku di Simpang Tiga Jalan Kota Belud-Kundasang pada 11 pagi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Sembilan pelajar sekolah menengah cedera ringan selepas bas persiaran dinaiki mereka terlibat kemalangan di Kota Kinabalu hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Elge Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berlaku di Simpang Tiga Jalan Kota Belud-Kundasang pada 11 pagi sebelum anggota tiba di lokasi pada 11.40 pagi.

Menurutnya, operasi melibatkan dua anggota BBP Kota Belud dengan bantuan polis, Kementerian Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan tamat pada 12.32 tengah hari.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Elge memaklumkan, bas persiaran itu disewa untuk membawa 35 pelajar dan seorang guru dari sekolah itu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post