Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SPRM buka 7 kertas siasatan isu Felda, anak syarikat

today2 September 2026

Background


menara felda
Bulan lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Felda mengalami kerugian hampir RM10 bilion akibat salah urus dan campur tangan politik yang berlebihan.
PETALING JAYA:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka tujuh kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan pelaburan Felda serta anak syarikatnya, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, berkata penyiasatan khas berskala besar itu memfokuskan transaksi pelaburan serta pengambilalihan aset oleh Felda dan FIC dalam tempoh 10 tahun, antara 2010 hingga 2020, lapor Harian Metro.

Beliau berkata enam kertas siasatan baharu sudah dibuka pada 24 Ogos lalu, manakala satu lagi kertas siasatan lama masih aktif.

“Enam kertas siasatan baharu itu dibuka membabitkan isu pembelian dan pelaburan aset pada harga yang melebihi nilai penilaian sebenar, sekali gus dipercayai menyebabkan kerugian dialami oleh Felda secara keseluruhannya,” katanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post