

Menyambut kelahiran cahaya mata pada Hari Merdeka adalah suatu detik yang cukup istimewa, dan lebih istimewa lagi bayi yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu di Hospital Columbia Asia turut menerima sumbangan RM1,000 untuk simpanan Akaun Junior 3-dalam-1 Hong Leong Bank (HLB).
Sumbangan untuk setiap bayi merdeka itu yang dilahirkan di hospital itu adalah inisiatif The HeadStart yang merupakan sebahagian daripada kempen Care Beyond Birth oleh Columbia Asia, dengan kerjasama HLB.
Bagi pasangan suami isteri, Ahmad Asyroor Mohd Kamil dan Norhaniza Osman yang menyambut kelahiran cahaya mata mereka pada Hari Merdeka di Hospital Columbia Asia Puchong, inisiatif The HeadStart itu membantu memulakan simpanan bagi masa depan anak mereka.
“Melahirkan bayi pada Hari Merdeka ialah sesuatu yang Istimewa,…