Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Siasat dakwaan Hadi tawaran negara asing jatuhkan kerajaan, kata Rayer

today5 September 2026

Background


Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer, berkata Presiden PAS Hadi Awang mesti menjelaskan mengapa pertemuan pada 2014 yang didakwa itu tidak dilaporkan serta-merta kepada pihak kerajaan.
PETALING JAYA:

Seorang Ahli parlimen menuntut siasatan dijalankan susulan dakwaan Presiden PAS Hadi Awang bahawa negara kuasa asing pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan kerajaan.

Orang ramai berhak mengetahui apa yang dibincangkan dan sama ada wakil satu kerajaan asing ada terlibat dalam sebarang cubaan untuk ‘mempengaruhi, mengugat kestabilan atau memudah cara menggulingkan kerajaan Malaysia yang dipilih secara sah’, kata RSN Rayer daripada DAP, yang juga Ahli Parlimen Jelutong.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan Hadi itu benar, ia merupakan perkara melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara. “Apa yang lebih membimbangkan ialah kegagalan nyata untuk melaporkan pertemuan yang didakwa sedemikian kepada pihak berkuasa Malaysia,” katanya dalam catatan di Facebook.

Rayer…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post