Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ab Rauf terbuka runding dengan mana-mana parti selepas DUN Melaka bubar

today9 September 2026

Background


AB Rauf Yusoh
Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh, yang juga pengerusi BN negeri berkata, sebarang keputusan mengenai kerjasama politik hanya akan dibuat apabila tiba masa dan ketikanya.
KUALA LUMPUR:

Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh berkata, beliau terbuka berunding dengan mana-mana parti bagi menghadapi PRN Melaka selepas DUN dibubarkan.

Ab Rauf yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka berkata, sebarang keputusan mengenai kerjasama politik hanya akan dibuat apabila tiba masa dan ketikanya.

“Saya mengalu-alukan semua rundingan selepas DUN Melaka dibubarkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2026 di Pusat Dagangan Dunia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perkara itu selaras dengan mandat yang diberikan Presiden Umno yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi berhubung rundingan kerjasama bagi menghadapi PRN Melaka.

Beliau bagaimanapun menegaskan, sebarang kerjasama yang dipertimbangkan perlu dibuat berdasarkan kepentingan negeri dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nur Alif Hazmi


Previous post