

Umno perlu menunjukkan ia memahami mengapa rakyat merampas kuasanya pada pilihan raya lalu sekiranya mahu dilihat sebagai ‘kerajaan peneraju’ selepas PRU16, di sebalik retorik ‘kerajaan menanti’ pada Perhimpunan Agung Umno kali ini.
Penganalisis mempersoalkan apakah yang telah Umno pamerkan kepada rakyat dari segi kesedaran dan ekonomi, selain mesin politik dan pengalaman pentadbiran yang sukar ditandingi.
“Sebahagian pimpinan Umno nampaknya masih bercakap seolah-olah rakyat sedang menunggu mereka kembali. Sedangkan sebahagian rakyat mungkin sedang menunggu untuk melihat apa yang benar-benar berubah,” kata Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.
Penganalisis di Global Asia Consulting itu berkata PRU14 sepatutnya menjadi kejutan paling besar dalam sejarah Umno moden. “Untuk mendapatkan semula keyakinan, mengatakan ‘kami sudah…