

Bekas pengurus projek pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah dengan mengutip penalti berjumlah RM14,000 daripada kontraktor, melibatkan projek sebuah bangunan komersial milik Tabung Haji pada Nov 2017 dan Ogos 2018.
Mohamad Hashim Mukhatap, 53, sebagai pengurus pembinaan THP Timur Sdn Bhd didakwa menyalahgunakan wang berkenaan, yang merupakan hasil kutipan penalti ke atas kontraktor iaitu syarikat Kelpile Sdn Bhd dengan memasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Ia membabitkan projek cadangan membina dan menyiapkan sebuah bangunan komersial 22 tingkat yang mengandungi pangsapuri perkhidmatan (244 unit), penthouse (empat unit), kemudahan awam, ruang perniagaan, tempat letak kereta, sub-basement (satu tingkat) dan kemudahan yang…