

Jabatan Perikanan Pahang telah menghantar rakaman video dan gambar ikan didakwa sebagai pirana perut merah (Pygocentrus nattereri) yang ditemukan di Empangan Klau, Raub, kepada Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Glami Lemi, Negeri Sembilan bagi mengesahkan identiti spesies itu.
Ketua Pengarah Perikanan Adnan Hussain berkata, proses pengesahan sedang dilakukan bersama-sama IPP manakala pemantauan di empangan turut dilaksanakan dengan kerjasama komuniti perikanan darat setempat dan agensi berkaitan.
“Orang awam tidak perlu cemas dan dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang kesimpulan sehingga pengesahan spesies diperoleh,” katanya.
Beliau berkata, rakaman video dan gambar dihantar hari ini selepas Jabatan Perikanan Pahang menjalankan siasatan susulan terhadap dakwaan…