
Naza Eastern Motors Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Suzuki di Malaysia, terus memperkemas dan memperkukuh kehadirannya di wilayah utara menerusi pembukaan pusat pengedar sah baharu, Suzuki Juru, yang terletak secara strategik di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Pusat pengedar baharu yang dikendalikan oleh SMG Auto (MN) Sdn Bhd ini melibatkan pelaburan bernilai RM1 juta. Pelaburan tersebut turut merangkumi unit pandu uji dan unit pameran kenderaan, sekali gus…