Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sarawak mahu terus makmur dalam Malaysia

today16 September 2026

Background


Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata, kerajaan negeri turut sambut baik komitmen kerajaan persekutuan perkasakan MA63. (Gambar Bernama)
KUCHING:

Kerajaan Sarawak mempunyai perancangan jelas untuk memastikan negeri itu terus maju dan makmur dalam gagasan Malaysia yang progresif dan stabil, dengan pembangunan ekonomi negeri itu turut menjadi pemangkin kepada kekuatan negara.

Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata, perancangan berkenaan merangkumi usaha memperkukuh sektor ekonomi, tenaga, industri dan teknologi, selain memperluas pembangunan serantau.

“Hal ini bagi memastikan Sarawak terus memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam ini.

“Kerajaan negeri juga mahu kemajuan yang dicapai ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Sarawak, malah menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran Malaysia secara keseluruhannya.”

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post