

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim meluahkan kesedihan atas pemergian abangnya Idrus Ibrahim, yang menghembuskan nafas terakhir ketika beliau dalam perjalanan pulang ke tanah air.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata sukar baginya untuk menggambarkan perasaan kehilangan terhadap insan yang berkongsi begitu banyak kenangan sepanjang perjalanan hidupnya.
“Hanya Allah SWT yang tahu betapa beratnya hati menerima kenyataan ini,” katanya.
Anwar turut mengenang segala kebaikan dan kenangan yang ditinggalkan Allahyarham Idrus, yang menurutnya akan kekal dalam ingatan dan hati keluarganya.
“Terima kasih atas segala kenangan dan kebaikan yang ditinggalkan. Semuanya akan kekal terpahat dalam ingatan dan hati kami,” katanya.
Beliau turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat berada di sisi Allahyarham pada saat-saat…