

Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat serta ribut petir petang tadi.
Menerusi perkongsian warganet di media sosial, Berita Harian melaporkan antara kawasan utama yang terjejas akibat limpahan air termasuk sekitar pusat bandar Kuala Lumpur, Bangsar, Damansara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Segambut dan Kajang.
Manakala beberapa kawasan lain di bahagian selatan Selangor meliputi Bangi, Bandar Seri Putra, dan Bukit Mahkota, serta laluan utama menghala ke Nilai 3 turut dilanda banjir kilat.
Kejadian itu sekali gus menyebabkan beberapa jalan raya ditenggelami air, sekali gus mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk, terutamanya di laluan sekitar Jalan Bukit Pantai, Universiti Malaya, Jalan Damansara, Segambut, dan jalan antara Bukit Mahkota ke Nilai 3.
Terdahulu, Bernama melaporkan Jabatan…