

Selangor akan mendapatkan maklumat serta pandangan daripada penasihat undang-undang negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan 50 penduduk Taman Sri Muda berjaya dalam saman berkaitan banjir besar pada Disember 2021.
Menteri Besar Amirudin Shari berkata pandangan berkenaan penting bagi menentukan tindakan lanjut, termasuk keperluan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
“Saya akan dapatkan makluman daripada pihak pegawai penasihat undang-undang negeri untuk melihat proses-proses seterusnya. Sama ada proses rayuan harus dilakukan ataupun tidak kerana ia baharu keputusan di Mahkamah Tinggi.
“Masih ada ruang untuk rayuan dibuat untuk memberikan justifikasi-justifikasi tertentu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Strategik Jalan dan Lebuh…