

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan golongan Generasi Z (Gen Z) bahawa tahap pendidikan yang tinggi bukan jaminan seseorang mempunyai peribadi serta akhlak yang mampu menolak rasuah.
Beliau berkata, golongan mahasiswa terutamanya tidak seharusnya hanya mengejar kecemerlangan akademik, sebaliknya perlu membina kekuatan dalaman serta jati diri agar tidak mudah terjebak dengan salah guna kuasa.
“Skandal-skandal yang terdedah mutakhir ini, baik 1MDB, mahupun Felda atau Tabung Haji, selalunya yang terlibat itu bukan dalam kalangan orang yang tidak terdidik. Hampir keseluruhannya itu siswazah. Ada yang (belajar peringkat) sarjana sampai PhD.
“Maka pendidikan dan ilmu sahaja tidak menjamin peribadi dan akhlak yang mulia,” katanya ketika berucap pada Anugerah Tokoh Siswa Negara yang turut…