

Mahkamah Tinggi Tawau menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang buruh ladang yang mengaku bersalah menyebabkan kematian jirannya dua tahun lalu.
Sinar Harian melaporkan Pesuruhjaya Kehakiman, Steve Ritikos menjatuhkan hukuman itu terhadap warga asing berusia 34 tahun atas pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.
Tertuduh didakwa menyebabkan kematian seorang lelaki 33 tahun antara 7.30 malam 31 Ogos hingga tengah hari 1 Sept 2024 di sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kampung di Tawau.
Dia yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kemudiannya digantikan dengan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: