

Peminat sukan permotoran meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial berhubung barisan panjang untuk menaiki bas perantara dan kesukaran mendapatkan air minuman di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), menuntut kawalan orang ramai serta perkhidmatan pengangkutan yang lebih baik menjelang Grand Prix Bahrain hujung minggu ini.
Mereka mengadu mengenai kelewatan ketika keluar masuk litar, manakala seorang pengguna media sosial mendakwa ada pengunjung yang terpaksa berjalan kaki di lorong kecemasan lebuh raya sementara menunggu bas selepas tamat sesi latihan hari ini.
Pengguna Instagram ‘pompey1980’ berkata, pemegang tiket terpaksa menunggu bas perantara selama berjam-jam.
“Saya pernah hadiri Grand Prix di seluruh dunia dan tidak pernah berdepan kekecohan seperti ini. Ini baru hari Jumaat. Bimbang memikirkan Sabtu dan Ahad (nanti),” katanya menerusi hantaran di…