

Meta mengakui kesilapan teknikal pada sistemnya menyebabkan aktiviti pengguna WhatsApp yang sah disalah anggap sebagai pelanggaran peraturan sehingga akaun mereka digantung.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata kesilapan itu dikenal pasti dalam lebih separuh kes bagi kumpulan pertama yang dikemukakannya kepada Meta untuk semakan.
“Meta mengakui berlaku kesilapan teknikal pada sistemnya sehingga aktiviti pengguna yang sah disalah anggap sebagai pelanggaran peraturan,” katanya dalam kenyataan.
SKMM sebelum ini memaklumkan pihaknya sedang meneliti aduan isu penggodaman dan penyahaktifan akaun WhatsApp.
Suruhanjaya itu turut memohon penjelasan Meta.
Mengulas lanjut, SKMM berkata Meta turut memaklumkan masalah teknikal berkenaan telah ditangani pada penghujung…