Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Peniaga didakwa bunuh pembantu rumah warga India

today5 October 2026

Background


kompleks mahkamah kuala lumpur
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tetapkan 16 Dis ini untuk sebutan semula kes bagi laporan bedah siasat dan laporan kimia.
KUALA LUMPUR:

Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh pembantu rumah warga India, dua minggu lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada N Stevent Anthony, 31, selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairunissak Hassni kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh K Tamilarasi (usia tidak diketahui) di sebuah kediaman di Titiwangsa di sini antara 4 pagi hingga 10.55 pagi pada 24 Sept lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, jika tidak dihukum gantung, dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Ainna Maryam Nor Azman manakala peguam Carenjit Kaur dan Khairunissa Azzahrah Ghazalie mewakili tertuduh.

Mahkamah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Tiada kelibat penyokong Harimau Malaya di GBK

Jakarta: Bahang perlawanan penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), di sini, petang ini, seakan tidak dirasai penyokong Harimau Malaya apabila kelibat mereka masih belum kelihatan di sekitar perkarangan stadium kurang sejam sebelum sepak mula.

today5 October 2026