

Presiden Myanmar Min Aung Hlaing akan melawat Malaysia dalam tempoh beberapa hari lagi bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang terhadap isu pelarian Myanmar di negara ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata isu penghantaran pulang warga Myanmar akan dibangkitkan dalam lawatan itu, dengan Malaysia menetapkan dua syarat utama.
“Antara syarat yang kita kemukakan ialah warga Myanmar perlu dibenarkan pulang dan mesti ada jaminan mereka dilayan dengan baik supaya tidak berlaku penderaan, tekanan atau pencabulan hak asasi manusia,” katanya ketika waktu pertanyaan perdana menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai langkah seterusnya kerajaan selepas penghantaran pulang pada 29 Sept,…