

Bersama membentangkan belanjawan negara bayangan, yang memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) tetapi pada kadar 5% serta menggantikan beberapa skim bantuan tunai dengan bantuan bulanan bersasaran.
Parti itu berkata mengehadkan GST pada kadar 5% selama 10 tahun akan datang akan memberikan kepastian kepada isi rumah dan perniagaan, selain mengekang kesan GST ke atas inflasi pada masa depan.
“Berdasarkan anggaran Bersama, GST pada kadar 5% boleh menjana sekitar RM76.1 bilion, atau 3.3% daripada KDNK, berbanding RM59.4 bilion yang dijangka dikutip melalui SST pada tahun 2026.
“Ini menghasilkan tambahan hasil sekitar RM16.7 bilion,” katanya dalam dokumen belanjawan bayangan.
Bersama turut mencadangkan skim Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) digantikan dengan…