Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kos naik 50%, pesawah kata Belanjawan 2027 tiada berita gembira

today9 October 2026

Background


sawah padi
Pesawah berkata peruntukan kira-kira RM4,300 sehektar masih pada kadar sama walaupun mereka berdepan hasil tuaian merosot dan pendapatan tidak menentu.
PETALING JAYA:

Pesawah kecewa apabila peruntukan RM2.62 bilion dalam Belanjawan 2027 tidak membawa perubahan ketara, sedangkan kos pengeluaran meningkat sehingga 50%.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob, berkata peruntukan kira-kira RM4,300 sehektar itu masih pada kadar sama walaupun pesawah berdepan hasil tuaian merosot dan pendapatan tidak menentu.

“Dari sudut perasaan kami, tidak ada perubahan dan tidak ada berita gembira untuk pesawah. Kadar yang sama ini tidak memberikan impak signifikan kepada kos kami yang meningkat 50%,” katanya kepada FMT.

Mengulas kenaikan Insentif Penuaian Padi daripada RM50 kepada RM100 sehektar bagi setiap musim, beliau berkata pengumuman itu dialu-alukan, namun bayaran bantuan terdahulu yang masih tertunggak menimbulkan persoalan mengenai pelaksanaannya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post

Sukan

Amaran awal Verstappen

Singapura: Max Verstappen mencatat masa terpantas untuk meraih petak pertama perlumbaan pecut Grand Prix Singapura bersama Red Bull selepas sesi kelayakan mendebarkan di Litar Marina Bay, hari ini.

today9 October 2026