

Hubungan lama antara Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dilihat mampu memudahkan kerjasama antara kerajaan negeri dengan Adun parti itu, kata penganalisis.

Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, keakraban kedua-dua pemimpin sejak bersama dalam PKR boleh membantu melancarkan rundingan perjanjian kerjasama yang dijangka melibatkan sokongan wakil rakyat pembangkang terhadap pentadbiran negeri.
“Dulu kita kenal Azmin dan Amirudin cukup akrab jadi pada saya hubungan baik antara Azmin dan Amirudin ni akan menjayakan bentuk kerjasama dan akan jadi fasa baru dalam politik negeri Selangor,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas rundingan antara kerajaan Selangor dengan Adun Bersatu mengenai perjanjian kerjasama yang dijangka melibatkan sokongan wakil rakyat pembangkang terhadap pentadbiran negeri.
Amirudin pada…