

Ketua Pemuda Bersatu Hilman Idham menyangkal dakwaan bahawa rancangan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di Selangor mendedahkan kecenderungan politik lama pemimpinnya.
Adun Gombak Setia itu berkata, parti itu sebelum ini malah memeterai perjanjian dengan Barisan Nasional (BN) di Pahang sebelum sebarang perbincangan bersama PH di Selangor dimulakan.
“Sebelum rundingan bersama PH di Selangor bermula, kami lebih dahulu meterai perjanjian bersama kerajaan BN di Pahang. Jadi tidak timbul isu kecenderungan (lama),” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap dakwaan bekas pemimpin Bersatu Ronald Kiandee bahawa kepimpinan parti ketika ini sudah lama mahu menjalinkan hubungan dengan PH, menambah langkah merundingkan kerjasama di Selangor hanya menjelaskan lagi niat mereka.
Kiandee dilaporkan…