

Presiden Umno, Zahid Hamidi, akan memastikan tiada usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, sekiranya dakwaan mengenai perkara itu benar.
Zahid berkata, beliau tidak mendengar perkara itu akan dilakukan, setakat ini.
“Saya tidak mendengar perkara itu akan dilakukan. Jika benar adapun, saya akan menentukan supaya ia tidak berlaku,” katanya lapor Berita Harian.
Zahid mengulas laporan yang memetik sumber bahawa Umno Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan untuk mengemukakan usul berkenaan.
Menurut sumber itu, usul berkenaan akan dikemukakan oleh Ketua Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, namun tertakluk pada keputusan kepimpinan Umno pusat.
Sumber itu turut mendakwa barisan baharu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mungkin diumumkan sekiranya langkah tersebut…