

Teresa Kok (PH-Seputeh) menyeru Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyediakan SOP jelas bagi permohonan kewarganegaraan melalui proses naturalisasi untuk anak dewasa yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia.
Katanya, ketiadaan garis panduan khusus mengikut Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan menyebabkan ibu warga emas berdepan pelbagai cabaran struktur dan pentadbiran ketika membantu anak mereka memohon kewarganegaraan.
Beliau berkata, kebanyakan ibu berusia antara 60 hingga 80 tahun dan mahu kembali menetap di Malaysia bersama anak dewasa, yang juga merupakan penjaga utama mereka.
“Golongan ibu warga Malaysia ini kini cuma berhasrat untuk pulang menetap di Malaysia bersama dengan anak-anak mereka yang telah dewasa yang merupakan penjaga utama kepada para ibu…