

Kerajaan Johor memutuskan untuk meneruskan penutupan sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negeri selama lima hari lagi bermula Isnin susulan situasi jerebu.
Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri, Naqib Md Ghazali berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Jerebu Negeri Johor pada tengah hari tadi, tertakluk kepada perkembangan tahap kualiti udara, ramalan cuaca serta penilaian kesihatan semasa.
Beliau berkata laporan pemantauan menunjukkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) masih kekal pada paras membimbangkan tanpa perubahan ketara.
“Keputusan juga dibuat berdasarkan pergerakan angin ke arah utara serta unjuran cuaca bagi tempoh tiga hingga empat hari akan datang sebelum memutuskan pembukaan semula sekolah,” katanya…