

Pakatan kerajaan Selangor dan Bersatu membolehkan pentadbiran diterajui Pakatan Harapan (PH) berkhidmat sehingga tamat penggal, justeru PRN boleh diadakan selepas PRU16, kata penganalisis.

Mengambil kira keretakan hubungan PH dan Barisan Nasional (BN), Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya, berkata perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) bersama Bersatu juga memberi ruang pentadbiran Selangor terus berfungsi biarpun Parlimen dibubarkan.
“CSA itu memberi ruang kepada kerajaan Selangor mengekalkan kestabilan politik sehingga penggal DUN tamat secara automatik pada September 2028,” katanya kepada FMT.
Awang Azman berkata, menangguhkan PRN Selangor menguntungkan PH apabila pengundi menilai prestasi kerajaan negeri secara berasingan daripada sentimen politik nasional,…