

Dua badan bukan kerajaan (NGO) menggesa justifikasi dan kriteria lebih jelas bagi penutupan sekolah akibat jerebu, selain menyediakan sokongan untuk pihak sekolah, isi rumah serta perniagaan terjejas.
Engage dan Projek Sama berkata, walaupun penutupan sekolah, termasuk di Johor, dilakukan atas niat baik, analisis teliti kos-faedah perlu dilaksanakan terhadap langkah dasar, bukannya sekadar membuat “keputusan tegas, pantas serta performatif”.
“Penutupan sekolah mesti berpandukan data saintifik telus, bukan pengumuman ad hoc atau performatif.
“Pihak berkuasa perlu menerbitkan ambang indeks pencemaran udara (IPU), ramalan cuaca dan kriteria kesihatan lebih awal, serta memaklumkan keputusan pada waktu ditetapkan, sekiranya boleh,” kata mereka dalam kenyataan bersama.
Mereka berhujah, penutupan sekolah boleh menyebabkan ibu bapa…