

Sebanyak 13,072 jawatan doktor di Kementerian Kesihatan (KKM) masih kosong setakat 30 Jun lalu, yang merangkumi 1,660 jawatan pakar dan 11,412 jawatan bukan pakar, kata Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, seramai 3,510 pegawai perubatan meletak jawatan antara 2024 hingga 2026, termasuk 1,252 doktor lantikan tetap dan 2,258 doktor kontrak.
Daripada jumlah yang meletak jawatan itu, 51.4% beralih ke sektor swasta, 36.8% atas sebab peribadi dan 4.5% menyertai badan berkanun.
Sebanyak 2.9% lagi bekerja atau menetap di luar negara, 2.6% meletak jawatan kerana masalah kesihatan, 1.5% melanjutkan pelajaran dan 0.3% membuka klinik sendiri.
Beliau turut memaklumkan lapan pakar perubatan meletak jawatan atau berhijrah ke luar negara.
Dzulkefly berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen bagi…