Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

GPS tampil gabungan muka baharu, calon berpengalaman

today23 October 2026

Background


Senarai calon GPS akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, menampilkan calon berpengalaman dan muka baharu.
KUCHING:

Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengetengahkan muka baharu di samping calon berwibawa dan berpengalaman bagi menghadapi PRN Sarawak, kata Pengerusinya Abang Johari Openg.

Katanya, senarai calon GPS akan dimuktamadkan menerusi mesyuarat khas dalam masa terdekat. Beliau juga berkata terdapat wakil rakyat yang memilih untuk tidak meneruskan khidmat pada penggal akan datang.

“Apa yang saya boleh ceritakan di sini ialah ia akan menampilkan gabungan calon berpengalaman dan muka baharu,” katanya pada sidang media di Kompleks Satria Pertiwi.

GPS dianggotai empat parti komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan PDP.

Pada PRN 2021, GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Terdahulu, Abang Johari selaku premier mengumumkan pembubaran DUN Sarawak berkuat kuasa 26 Okt.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post