

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) sedang memuktamadkan siasatan berhubung dakwaan penglibatan pelajar sebuah sekolah dalam penyajian minuman beralkohol pada majlis makan malam persatuan bekas pelajar sekolah itu pada 5 Sept.
Dalam kenyataan, JPNS menegaskan pelajar sekolah tidak sepatutnya dilibatkan dalam aktiviti mengendalikan atau menghidangkan minuman beralkohol.
JPNS memaklumkan berdasarkan maklumat awal, majlis itu dianjurkan oleh persatuan bekas pelajar di luar kawasan sekolah, selain pihak sekolah dan persatuan tersebut menafikan dakwaan penglibatan pelajar dalam penyajian minuman beralkohol.
JPNS berkata siasatan terhadap aduan yang diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) turut merangkumi penelitian terhadap pematuhan prosedur oleh pihak sekolah.
“Sekiranya terdapat…