Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kakitangan Mardi maut disengat lebah ketika ambil madu

today25 October 2026

Background


Ketua Polis Kemaman Mohd Razi Rosli
Ketua Polis Kemaman, Mohd Razi Rosli berkata mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman. (Gambar Facebook)
CHUKAI:

Seorang kakitangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) maut selepas disengat lebah ketika mengambil madu di kawasan ladang milik agensi berkenaan di Ayer Putih dekat sini semalam.

Ketua Polis Kemaman, Mohd Razi Rosli berkata kejadian pada 9.50 pagi itu berlaku ketika mangsa Hafizul Mat, 40, yang bekerja sebagai pembantu am bersama seorang rakan sekerjanya berada di Mardi Cawangan Kemaman.

“Rakan sekerja mangsa yang berusia 44 tahun menasihatinya supaya tidak mengambil madu berkenaan kerana sarang lebah itu berada di atas pokok kering setinggi kira-kira tiga meter, namun mangsa berkeras untuk meneruskan hasratnya.

“Mangsa meminta rakannya menunggu kira-kira 50 meter dari sarang lebah itu dan dia memanjat pokok berkenaan sebelum diserang sekumpulan lebah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata ketika…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Naomi pertimbang bersara demi anak

Tokyo: Bekas pemain nombor satu dunia, Naomi Osaka memberi bayangan mengenai masa depannya dalam tenis apabila berkata dia mungkin mempertimbangkan untuk bersara sekiranya anak perempuannya yang berusia tiga tahun, Shai, memintanya berbuat demikian.

today25 October 2026