Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tiada ikan piranha ditangkap dalam program mitigasi di Empangan Klau

today25 October 2026

Background


Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai penemuan seekor ikan piranha di Empangan Klau pada 26 Ogos lalu sehingga menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat.
PETALING JAYA:

Tiada ikan piranha ditemukan atau ditangkap sepanjang program mitigasi ikan asing di Empangan Klau di Raub, Pahang yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Perikanan Adnan Hussain berkata keadaan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bukti bahawa spesies berkenaan tiada di empangan berkenaan.

Katanya, sebelum ini penemuan ikan piranha telah disahkan di kawasan tersebut dan program mitigasi ini adalah antara usaha bagi mengawal populasi ikan asing serta mengurangkan risiko gangguan terhadap spesies ikan tempatan.

“Tiada ikan piranha ditemukan atau ditangkap sepanjang program ini. Namun, pemantauan dan penilaian saintifik perlu diteruskan bagi mengenal pasti kehadiran serta taburan spesies berkenaan,” katanya dalam kenyataan lapor Bernama.

Sebelum ini, tular dalam media…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Infantino didakwa guna pentas Kongres AFC untuk politik

Amman: Presiden Persatuan Bolasepak Jordan (JFA), Putera Ali bin Hussein menuduh Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino memperalatkan Kongres Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi tujuan politik menjelang usahanya untuk mempertahankan jawatan bagi penggal keempat.

today25 October 2026