

Muhyiddin Yassin menyifatkan hasrat Perikatan Nasional (PN) mengambil tindakan tatatertib terhadap Bersatu sebagai ‘aneh dan luar biasa’.
Presiden Bersatu itu bagaimanapun berkata, partinya belum menerima sebarang surat berhubung tindakan itu setakat ini.
“Agak aneh dan luar biasa kalau Majlis Tertinggi PN mahu ambil tindakan untuk menghukum kita. Apa salah kita?” soalnya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di ibu pejabat parti itu.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Bersatu akan mengumumkan keputusan mengenai penyertaannya pada PRN Melaka pada 29 Okt, namun tidak mendedahkan kerusi yang akan ditandingi.
“… Memang kita akan sertai (PRN Melaka), saya tak payah nak jelaskan mana kita akan bertanding,” katanya menambah, persiapan menghadapi pilihan raya itu sudah…