

Kerajaan menetapkan tempoh 12 bulan bagi menyiapkan empat kajian utama sebelum memuktamadkan hala tuju tenaga nuklear Malaysia, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Chang Lih Kang.
Chang berkata, kesemua kajian itu dilaksanakan di bawah program pembangunan teknologi tenaga nuklear yang diselia Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra).
Kajian tersebut merangkumi model pemilik-pengendali serta rancangan pembiayaan, penilaian dan penentuan keutamaan tapak, penilaian teknologi, selain hala tuju pembangunan industri nuklear negara, katanya.
“Kajian ini akan disiapkan dalam tempoh 12 bulan,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
“Selepas itu, kerajaan akan memutuskan sama ada mahu menggunakan reaktor modular kecil…