Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

15 rakyat Malaysia ditahan sindiket pinjaman dalam talian di Bali

today27 October 2026

Background


handcuff
Sindiket itu mengumpul maklumat peribadi, termasuk butiran pekerjaan, slip gaji dan maklumat hubungan kecemasan, menurut pihak berkuasa imigresen.
JAKARTA:

Pihak berkuasa imigresen Indonesia menahan 17 warga asing yang disyaki menjalankan perniagaan pinjaman dalam talian yang melanggar permit kediaman mereka di pulau peranginan Bali, kata pegawai pada Selasa, lapor Xinhua.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 15 rakyat Malaysia dan dua warga Singapura, kata Muhamad Novyandri, ketua pejabat imigresen tempatan.

Penemuan awal menunjukkan operasi sindiket itu mempunyai tiga pengurus dan 14 pentadbir yang mengiklankan pinjaman di media sosial dan mengarahkan bakal peminjam ke nombor WhatsApp.

Mereka mengumpul maklumat peribadi, termasuk butiran pekerjaan, slip gaji dan maklumat hubungan kecemasan, kata Novyandri.

Sasaran ialah rakan warga asing terbabit dan tiada pelanggan Indonesia dikenal pasti setakat ini, kata Novyandri sambil menambah suspek dalam tahanan imigresen untuk disoal…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Carrick kekal bimbing Man United

Manchester: Michael Carrick kekal mengetuai Manchester United hari ini dan mengetuai sesi latihan di Carrington, sekali gus memberi peluang baharu kepada pengurus yang berada dalam tekanan dan pemainnya untuk memulihkan musim yang sudah terpesong jauh daripada landasan.

today27 October 2026