Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

ATM bakal henti jual bir bebas cukai di Pernama

today29 October 2026

Background


pernama
Anggota dan veteran ATM dilaporkan mendapat diskaun hingga 30% untuk 308 barangan di bawah inisiatif terbaharu Kementerian Pertahanan melalui Pernama.
PETALING JAYA:

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memutuskan untuk menghentikan penjualan bir bebas cukai di premis yang dikendalikan oleh cabang perdagangannya, Pernama, sekali gus menamatkan amalan yang berlangsung selama lebih enam dekad.

Seorang pengurus di premis Pernama, yang enggan namanya tidak didedahkan, berkata pengendali premis baru-baru ini menerima arahan daripada pejabat panglima ATM supaya menghentikan penjualan sebaik sahaja stok sedia ada habis.

Tiada sebab diberikan berhubung keputusan itu.

Menurut pengurus berkenaan, Pernama, yang mempunyai kira-kira 80 premis di seluruh negara, turut diarahkan supaya tidak membuat pesanan baharu, yang lazimnya dilakukan setiap enam bulan.

Pengurus itu berkata stok semasa dijangka habis menjelang akhir tahun ini.

Di bawah peraturan semasa, anggota tentera dan veteran bukan Islam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: K. Parkaran


Previous post