

Tiga kanak-kanak warga Myanmar dibenarkan ikat jamin selepas Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Majistret sebelum ini yang menolak permohonan tersebut susulan tuduhan menakut-nakutkan seorang warga emas secara jenayah.
Presiden Majlis Peguam Anand Raj meluahkan rasa lega atas campur tangan Mahkamah Tinggi Butterworth itu.
“Kami sedang memantau perkembangan ini,” katanya kepada FMT, menambah bahawa Majlis Peguam pada mulanya terkejut apabila ketiga-tiga budak lelaki berusia antara 11 dan 12 tahun itu tidak dibenarkan ikat jamin.
Tiada butiran lanjut diperoleh setakat ini. Difahamkan, Majlis Peguam akan memperincikan maklumat kes tersebut pada minggu depan.
Ketiga-tiga kanak-kanak itu didakwa bersama atas tuduhan mengugut untuk mencederakan seorang wanita berusia 71 tahun menggunakan beberapa objek, termasuk mop lantai, rod besi, tiub…