

Kerajaan Kelantan akan mempertimbang cadangan mewujudkan garis panduan sewa tanah dan rumah kepada warga asing termasuk pelarian Myanmar bagi mengelak koloni.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah, berkata pihaknya akan berbincang dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mengenai kaedah bersesuaian mengawal perkara berkenaan.
Beliau berkata, langkah itu sebagai kawalan untuk mengelakkan kewujudan kelompok atau koloni warga asing yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat setempat.
“Kita akan mempertimbang mewujudkan satu garis panduan mengenai kaedah mengekang rakyat kita menyewakan tanah serta rumah mereka kepada warga asing, khususnya kepada pelarian Myanmar.
“Namun, perkara paling utama ialah kesedaran rakyat sendiri supaya tidak…