Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Google rancang labur RM61 bilion di Malaysia

today4 November 2026

Background


Perancangan Google untuk Malaysia melibatkan pembangunan prasarana digital, peluasan kampus pusat data serta inisiatif tenaga bersih dan bekalan air. (Gambar EPA Images)
KUALA LUMPUR:

Google merancang untuk melabur USD15 bilion (RM61.1 bilion) di Malaysia dalam tempoh dua tahun mulai 2027, melibatkan pembangunan prasarana digital, peluasan kampus pusat data serta inisiatif tenaga bersih dan bekalan air.

Pelaburan itu dijangka menyumbang purata USD1.1 bilion (RM4.48 bilion) setahun kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepanjang fasa pembinaan pada 2027 hingga 2028.

Google merupakan anak syarikat Alphabet. Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet, Ruth Porat, mengumumkan rancangan tersebut dalam program Mantap Malaysia Bersama AI di Universiti Malaysia (UM), hari ini, di hadapan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Porat berkata pelaburan ini mencerminkan komitmen mengembangkan operasi Google secara bertanggungjawab serta memberi manfaat jangka panjang kepada ekonomi dan rakyat.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anne Muhammad


Previous post