

Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tiada keperluan untuk peguam negara diarahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menjelaskan isu perundangan berhubung pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib Razak.
Asyraf berkata Perlembagaan memperuntukkan kuasa pengampunan terletak pada Agong dan dilaksanakan menerusi lembaga pengampunan, termasuk kuasa memberi pengampunan, mengurang atau meringankan hukuman.
“Jadi, apabila Agong sudah menitahkan perkara itu melalui proses yang sewajarnya, iaitu menerusi lembaga pengampunan, keputusan berkenaan tidak boleh dipertikaikan.
“Oleh itu, tiada keperluan untuk peguam negara diarahkan menghadap Agong bagi memberikan penjelasan,” katanya, lapor Berita Harian.
Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta Peguam Negara Dusuki Mokhtar menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim,…