Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

1,145 mangsa banjir di 9 PPS Selangor, Perak

today8 November 2026

Background


Jumlah mangsa banjir paling ramai di Selangor, dengan 771 mangsa banjir dari 219 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di Kuala Selangor, Shah Alam dan Klang setakat 9.50 pagi ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak setakat 9.50 pagi ini berkurangan kepada 1,145 orang berbanding 4,731 orang petang semalam.

Semakan di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua negeri itu.

Di Selangor, 771 mangsa banjir dari 219 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di tiga daerah, iaitu 654 orang di empat PPS di Kuala Selangor, 85 orang di dua PPS Shah Alam dan 32 orang di sebuah PPS Klang.

Di Perak, dua PPS di Hilir Perak menempatkan 374 mangsa banjir daripada 113 keluarga.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post