

Ahli Parlimen Kapit, Alexander Nanta Linggi, mengesahkan beliau kekal berkhidmat di peringkat Parlimen dan tidak akan bertanding di kerusi DUN pada PRN Sarawak bulan depan.
Setiausaha agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata spekulasi berhubung hasratnya bertanding di peringkat DUN timbul susulan cadangan pewujudan kerusi baharu iaitu DUN Melekun dalam Parlimen Kapit.
Bagaimanapun, menteri kerja raya itu berkata persempadanan kerusi baharu berkenaan tidak sempat diguna pakai pada PRN kali ini kerana belum diwartakan.
“Walaupun DUN Sarawak sudah meluluskan tambahan kerusi, ia belum dibawa ke Dewan Rakyat untuk pengesahan. Jadi tidak sempat diguna dalam PRN ini, maka saya tidak ada tempatlah,” katanya ketika ditemui selepas rakaman program terbitan Bernama TV.
Pada 7 Julai 2025, DUN Sarawak…