Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PAS belum putus tanding PRN Sarawak, kata Tuan Ibrahim

today15 November 2026

Background


Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya akan memuktamadkan keputusan bertanding di Sarawak dalam masa terdekat.
PETALING JAYA:

PAS yang secara tradisinya bertanding sekurang-kurangnya satu kerusi pada PRN Sarawak masih mempertimbangkan sama ada mahu meletakkan calon pada pilihan raya itu bulan depan.

Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan berhubung penyertaan parti itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Kita akan muktamadkan dalam masa terdekat (sama ada tanding atau tidak).

“Tradisi PAS sentiasa bertanding sekurang-kurangnya satu kerusi,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Annuar Musa berkata gabungan itu juga akan memutuskan tidak lama lagi sama ada menyertai PRN Sarawak.

Annuar berkata PN mungkin memilih untuk tidak bertanding, susulan keputusan Barisan Nasional (BN) tidak menyertai pilihan raya berkenaan.

PAS adalah sebahagian daripada PN yang turut dianggotai Wawasan, Pejuang, MIPP dan Gerakan.

Pada Oktober…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post