Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tiada keperluan rombak Kabinet ketika ini, kata PM

today16 November 2026

Background


Datuk Seri Anwar Ibrahim
PM Anwar Ibrahim tepis dakwaan cuba perbesarkan kononnya kerajaan tidak stabil, sifatkannya sekadar agenda kempen politik pihak tertentu. (Gambar Bernama)
MANILA:

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan pentadbiran kerajaan kekal stabil dan memberi tumpuan penuh kepada pelaksanaan dasar serta tanggungjawab terhadap rakyat, bukannya melayan spekulasi mengenai rombakan Jemaah Menteri.

Beliau berkata, tiada keperluan mendesak untuk merombak barisan Jemaah Menteri ketika ini, walaupun timbul pelbagai pandangan susulan peletakan jawatan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook sebagai menteri pengangkutan.

“Sekarang kerajaan stabil, dasar dibincangkan secara menyeluruh dalam Kabinet dan saya bekerja dengan menteri daripada pelbagai parti.

“Kita bekerja, berkongsi, berbincang dan mempunyai pendirian bersama, termasuk dalam isu dua hala, pelbagai hala dan Asean yang sensitif,” kata Anwar.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Asean ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post